Friday 22 August 2014

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan izin Allah sy berjaya siapkan blog yang tak seberapa ni dan secara rasminya telah memulakan perkhidmatan Candy Buffet dibawah nama Sugarlicious Candy Buffet saya sendiri..... (x kira..nk jugak buat..;) ) walaupun bondaku n hubby macam ragu2...haha..

Mana x nye...sekejap nak bisnes baju la, tudung la, baju baby la, restauran laaa (Hambik ko..banyak betul cita2 ..boleh mcm tu? Ngee...). Last2 hati tetap nk teruskan dengan candy buffet... Bukan pasal hangat2 tahi ayam ye..tapi sebab saya mmg suka mendeco dan hias benda cantik-cantik ni...tambahan saya juga suka benda-benda manis seperti kek, coklat dan yang sewaktu dengannya..so terfikir apa salahnya mulakan perniagaan candy buffet(memang minat sejak azali dalam berniaga)ni sambil hilangkan tension di tempat kerja bila dapat hias2 ni..

So, saya berharap cik-cik, puan-puan , tuan-tuan dapat menyokong serta mendoakan kejayaan saya ye..Disamping tu, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya, boleh la lihat pakej yang telah disediakan..InsyaAllah anda tidak akan menyesal dan berpuas hati dengan hasil kerja saya..untuk hubby tercinta..walaupun u ragu2..i tau u sokong i dalam diam..heheee..tQ n I Love You.... (ngee..jiwang sekejap)


No comments:

Post a Comment